Bagi
usahawan francais di Malaysia, mereka menghadapai pelbagai cabaran dan halangan
yang perlu dilalui bagi mengukuhkan kebolehpasaran dan mengembangkan industri
francais yang diceburi ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Meskipun
perniagaan francais ini dianggap sebagai satu jalan pintas dalam perniagaan,
namun terdapat beberapa cabaran dan halangan yang perlu dihadapi oleh francaisi
dan francaisor. Cabaran dan halangan yang dihadapi ini kadang kala mempengaruhi
dan boleh menjejaskan minat usahawan untuk menceburi perniagaan francais.
6.1
Modal Keseluruhan / Modal Yang Tinggi
Modal permulaan yang tinggi bagi memulakan
perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih ekslusif
dan sukar bagi bakal usahawan untuk menceburi bidang ini. Modal ini termasuklah
kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah
tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos yang terlibat seperti kos Yuran
Francais.Yuran francais merupakan satu jumlah kos yang besar dan tidak akan
dikembalikan oleh francaisor kepada francaisi. Malah, francaisi juga turut
perlu membayar kos-kos lain yang berkaitan seperti kos sewa, deposit, pembelian
aset, penguahsuaian premis dan royalti bulanan yang perlu dibayar oleh
francaisi kepada francaisor mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi juga
perlu membayar royalti walaupun tiada memperolehi sebarang keuntungan.
Dalam industri francais di Malaysia, Perbadanan
Nasional Berhad (PNS) mengarahkan supaya pembayaran royalti oleh francaisi kepada
francaisor tidak lebih daripada 5 peratus dari jumlah jualan bulanan yang
diterima oleh francaisi. Arahan berkaitan isu pembayaran royalti tersebut
dikeluarkan oleh. Selain itu, francaisi juga perlu pembayaran yuran iklan dan
bayaran tersebut akan digunakan oleh francaisor untuk mengiklankan jenama
produk atau perkhidmatan yang disediakan untuk menarik minat usahawan lebih
banyak francaisi dapat dibuka. Tetapi ianya mungkin tidak akan mempromosikan
perniagaan francais tersebut.
Namun, membangunkan sistem perniagaan francais
bagi francaisor bukan lah sesuatu perkara yang mudah, malah ia sangat
memerlukan masa yang banyak dan melibatkan kos yang tinggi. Secara keseluruhan
pembangunan sesebuah system francais yang baru akan memerlukan masa selama
tempoh sekuranya 5 gingga 10 tahun dengan melibatkan kos sekitar RM200 ribu
hinga RM1 juta dan bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan.
6.2
Tidak Memberi
Kebebasan Kepada Francaisi
Bagi menjaga keseragaman, pihak francaisor akan
mengawal perniagaan francaisi dan ada kalanya tindakan seperti ini akan menjadi
penghalang mana-mana francasii untuk berniaga secara bebas. Berikut dinyatakan
beberapa perkara berkaitan dengan perjanjian francais:-
6.2.1
Pemilihan Lokasi
Fracaisor akan melakukan pemilihan lokasi yang
difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai
dari sudut pandangan francaisi. Terdapat beberapa kes yang berlaku, francaisi
akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Setelah itu francaisor akan
melakukan lawatan ke lokasi tersebut dan memberikan pendapat dan cadangan sama
ada lokasi tersebut sesuai atau tidak dibangunkan perniagaan francais. Jika
lokasi tersebut tidak sesuai, makan francaisor akan membantu untuk mencari kawasan
yang difikirkan strategik.
6.2.2
Hiasan Dalaman &
Konsep Perniagaan
Terdapat francaisor yang akan menukarkan hiasan
dalaman konsep sesetengah perniagaan francais mengikut musim. Jadi, apabila
perkara ini berlaku, maka kos mengubahsuai hiasan dalaman tersebut mungkin
tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Malah kebiasaannya, francaisor
aakan sentiasa menggunakan konsep perniagaan, pakaian seragam dan system
komputer yang sama.
6.2.3
Kawalan Penjualan Produk dan Perkhidmatan
Francaisor akan mengawal setiap penjualan
produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh
menjual prosuk ataupun perkhidmatan yan lain selain daripada francaisor.
Terdapat kes di mana francaisor mengehadkan bilangan stok yang dijual. Misalnya
baju saiz S, Francaisor hanya membekalkan 10 helai sahaja dan apabila baju
tersebut telah habis dijual, francaisi menempah dari francaisor tetapi
francaisor tidak memberikan stok yang diminta.
6.2.4
Kawalan Mengendalikan Operasi Perniagaan
Francaisor juga melakukan kawalan waktu operasi
perniagaan, pakaian seragam pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur
perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberikan
diskaun kepada pelanggan. Pengedar barangan juga adalah perlu malalui pengedar
yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barangan
dari pengedar yang lebih murah. Boleh dicadangkan agar francaisor memberi ruang
untuk francaisi mengemukakan idea sendiri dan memberi kebebesan untuk francaisi
berniaga untuk mendapatkan keuntungan yang lebih baik.
6.2.5
Kawalan Ke Atas Hak Wilayah (Territorial Rights)
Kawalan ini adalah untuk mengelak daripada
bersaing dengan francaisi lain. Selain itu, ia bertujuan untuk menghalang
francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Frnacaisor juga
mempunyai hak untuk menghalang francaisi membuat laman sesawang sendiri.
Menurut sebuah syarikat perunding francais
berkata kelemahan akta dan peraturan yang dikuatkuasa sedia ada boleh menjadi
sesuatu perkara yang tidak diingini kepada pembangunan industri francais di
Malaysia dan ia perlu dicungkil segera supaya tidak akan menjejaskan prose
pembangunan francais tersebut. Kelemahan yang berlaku boleh memburukkan imej
sistem perniagaan francais sehingga dapat dilihat oleh masyarakat bahawa sistem
tersebut menipu dan banyak pihak tertipu teruatama usahawan yang baharu. Francaisor
seharusnya perlu ada prospektus yang lengkap yang lengkap untuk memberikan
penerangan yang jelas kepada francaisi tentang latar belakang francaisor,
pretasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat
yang berkaitan. Jika maklumat ini tidak di maklumkan kepada francaisi, maka
timbulnya pelbagai permasalahan seperti francaisi tertipu dan mengalami kerugian
selepas bersetuju dengan perjanjian perniagaan francais yang di tawarkan.
Berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu
diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan 7 hari waktu bekerja
ditetapkan untuk masa menunggu kelulusan sebelum proses disahkan.
Segelintir sikap usahawan atau bakal francais
yang tidak mahu membaca terma dan syarat perjanjian terlabih dahulu dan pada
masa sama pihak francaisor juga tidak memberikan penerangan dengan lebih
terperinci. Jadi, apabila timbulnya sesuatu masalah, kedua-dua pihak akan
saling menunding jari dan akhirnya sistem perniagaan francais itu yang
dipersalahkan.
Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi
melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah
dipersetujui dan tiada jaminan atas pembaharuan kontrak. Pihak francaisor boleh
menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal
menunjukkan prestasi perniagaan yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang
munasabah. Oleh yang demikian, segala pelaburan francaisi akan hilang apabila
ditamatkan kontrak. Namun, pembaharuan kontrak tidak berlaku secara automatik.
Ia bergantung kepada segala terma dan syarat yang sedang berkuatkuasa yang
dikeluarkan oleh francaisor. Di Malaysia, setiap perjanjian perniagaan francais
adalah untuk tempoh 5 tahun, oleh itu francaisi perlu memastikan bahawa
pulangan modal tidak sampai tempoh 5 tahun untuk mendapatkan semula modal
pelaburan tersebut.