Sistem perniagaan francais mampu untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan yang dilakukan serta pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu. Walaupun industri francais di Malaysia masih diperingkat pembangunan, namun ia merupakan satu industri yang amat penting bagi meningkatkan pendapatan dan pembangunan ekonomi negara. Melalui pertumbuhan rangkaian perniagaan francais, ia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Selain itu, sistem perniagaan francais boleh membantu
mewujudkan budaya baharu di dalam menjalankan perniagaan dengan penekanan yang
diberikan kepada aspek disiplin yang tinggi, perkhidmatan pelanggan yang
berkualiti, kebersihan dan keseragaman. Pemantapan budaya perniagaan seperti
ini penting bagi membolehkan perniagaan tempatan bersaing setanding di
peringkat antarabangsa.
Keputusan untuk memilih jenis perniagaan tidak boleh
dilakukan tanpa mengambil kira pertimbangan beberapa faktor yang menjadi teras
kepada perniagaan francais ini. Pakej perniagaan francais juga memberikan
jaringan hubungan antara francaisor dan francaisi saling bergantungan demi
menjayakan matlamat perniagaan tersebut.
Justeru, peranan kerajaan penting untuk mengatur semula
pelaksanaan dasar industri francais. Pihak francaisor dan francaisi haruslah
sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan dan agaensi yang berkaitan bagi
kemastikan industri francais akan terus kukuh dan berkembang seiring dengan
matlamat pembangunan ekonomi negara.
Segala inisiatif yang dilakukan diharap dapat membantu hasrat kerajaan
untuk
meningkatkan pendapatan ekonomi negara kea rah mencapai status negara berpendapatan tinggi. Cadangan dan strategi di dalam Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) boleh dijadikan sebagai jalan mencapai hala tuju dan panduan dalam pertumbuhan industri francais negara melalui pelan tindakan tersebut. Dengan membangunnya industri francais di dalam Malaysia, sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan lagi pendapatan negara pada masa akan datang. Oleh itu sokongan di dalam sistem industri francais perlu diperluaskan bagi menjamin kemajuan industri francais di Malaysia.

No comments:
Post a Comment