Industri francais di Malaysia pada masa kini menunjukkan tahap pembangunan yang positif dan amat memberangsangkan serta dilihat mampu untuk bersaing di dalam pasaran antarabangsa meskipun industri ini merupakan sebuah bidang perniagaan yang sering mengalami turun naiknya dalam hasil pendapatan.
Malaysia
khususnya perniagaan francais sudah lama diiktiraf agak terkenal. Ia berikutan
perkembangan aktiviti pengeksportan barangan dan produk-produk berjenama
tempatan seperti Secret Recipe, Marrybrown dan Old Town White Coffee yang telah
banyak memasuki pasaran luar negara yang bermula di negara Timur Tengah hingga
ke China. Langkah-langkah yang diambil oleh jenama tempatan ini adalah satu
inisiatif yang baik bagi mengembangkan sayap perniagaan francais di Malaysia ke
negara luar. Produk jenama tempatan seperti ini disarankan untuk mencontohi
jenama-jenama produk yang lain sebagai langkah proaktif dalam memajukan
industri francais.
Proses
perkembangan perniagaan francais Malaysia ke luar negara juga bukanlah
merupakan satu proses yang mudah, malah menurut pakar-pakar industri francais
mereka bersetuju bahawa pengembangan agresif perlu dilakukan dengan
berhati-hati agar usahawan yang terlibat dapat mengurangkan risiko dalam
perniagaan francais yang diceburi.
Kerajaan Malaysia dilihat sangat memberikan focus kepada pembangunan industri francais di Malaysia sejak di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengorak langkah untuk memperkenalkan sistem perniagaan francais pada tahun 1993. Pada ketika itu, Industri francais ini merupakan sebuah industri yang mempunyai potensi besar tetapi tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenainya masih kurang. Walaubagaimanapun, kini rakyat Malaysia telah memahami mengenai kepentingan perniagaan francais malah setiap tahun juga pernyertaan usahawan ke dalam industri francais ini semakin meningkat.
Namun,
pada masa sekarang pihak kerajaan sangat komited dalam menggalakkan usahawan
tempatan khususnya masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk menceburkan
diri dalam bidang perniagaan francais. Penyertaan dalam kalangan Bumiputera
masih di tahap yang rendah dan tidak dinafikan bahawa penglibatan usahawan
Bumiputera sebagai francaisor dan francaisi sememangnya masih berada di tahap
yang rendah.
Setakat ini, terdapat
lebih kurang 20 peratus francaisor melibatkan usahawan Bumiputera dan 80
peratus lagi merupakan usahawan bukan Bumiputera. Tetapi jumlah francaisi pula kebanyakannya
adalah dari kalangan Bumiputera. Jika dilihat peratusan usahawan Bumiputera sebagai
francaisor adalah sedikit, namun ia semakin bertambah pada setiap tahun.
No comments:
Post a Comment