Thursday, March 17, 2016

3.0 Kepentingan Industri Francais Terhadap Pembangunan Ekonomi dan Sosial.



Industri francais merupakan satu industri yang sangat berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Pada masa kini, dapat dilihat bahawa peranan yang dimainkan oleh industri francais telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif walaupun ada sesetengah negara mengalami krisis ekonomi. Kelebihan menceburi perniagaan dalam industri francais ini antaranya ialah ia mudah dikenali oleh masyarakat memandangkan jenama yang didagangkan banyak terdapat di dalam pasaran. Justeru, sudah pasti lebih ramai usahawan baru yang akan menceburkan diri dalam industri francais ini dan secara tidak langsung masalah pengangguran juga dapat dikurangkan. Industri francais juga amat penting untuk membantu usahawan serta dapat meningkatkan taraf pendapatan dan ekonomi negara.
Namun demikian, industri francais juga dikatakan mempunyai potensi besar dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Industri francais di Malaysia khususnya masih menghadapai pelbagai cabaran untuk membangun malah kesukaran tersebut masih diperingkat sederhana apabila terdapat beberapa saluran bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan francais.

Pihak kerajaan juga sentiasa menggalakkan usahawan tempatan khususnya usahawan Bumiputera untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan francais yang lebih sejak 20 tahun yang lalu ini. Ia disebabkan tedapatnya faktor risiko perniagaan yang dianggap rendah tetapi dapat menjanjikan pulangan dan keuntungan dan pulangan pendapatan yang tinggi.




Antara kepentingan industri francais kepada masyarakat ialah ianya dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan untuk membina kejayaan dalam bidang perniagaan francais memandangkan bidang tersebut sesuai untuk dilakukan oleh pelbagai masyarakat sama ada yang bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar atau luar bandar. Ini kerana perniagaan francais bukan hanya tertumpu kepada perniagaan besar berbentuk global sahaja, malah perniagaan kecil seperti restoran, kedai runcit, kedai jahitan, gerai buah-buahan, gerai makan dan lain-lain perniagaan juga boleh dikembangkan menjadi lebih moden seterusnya dapat dijadikan model perniagaan francais.

No comments:

Post a Comment