Thursday, March 17, 2016

6.0 Cabaran / Halangan Yang Dihadapi Oleh Francaisi dan Farancaisor Di Malaysia.


Bagi usahawan francais di Malaysia, mereka menghadapai pelbagai cabaran dan halangan yang perlu dilalui bagi mengukuhkan kebolehpasaran dan mengembangkan industri francais yang diceburi ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Meskipun perniagaan francais ini dianggap sebagai satu jalan pintas dalam perniagaan, namun terdapat beberapa cabaran dan halangan yang perlu dihadapi oleh francaisi dan francaisor. Cabaran dan halangan yang dihadapi ini kadang kala mempengaruhi dan boleh menjejaskan minat usahawan untuk menceburi perniagaan francais.

6.1 Modal Keseluruhan / Modal Yang Tinggi
Modal permulaan yang tinggi bagi memulakan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih ekslusif dan sukar bagi bakal usahawan untuk menceburi bidang ini. Modal ini termasuklah kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos yang terlibat seperti kos Yuran Francais.Yuran francais merupakan satu jumlah kos yang besar dan tidak akan dikembalikan oleh francaisor kepada francaisi. Malah, francaisi juga turut perlu membayar kos-kos lain yang berkaitan seperti kos sewa, deposit, pembelian aset, penguahsuaian premis dan royalti bulanan yang perlu dibayar oleh francaisi kepada francaisor mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi juga perlu membayar royalti walaupun tiada memperolehi sebarang keuntungan.
Dalam industri francais di Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengarahkan supaya pembayaran royalti oleh francaisi kepada francaisor tidak lebih daripada 5 peratus dari jumlah jualan bulanan yang diterima oleh francaisi. Arahan berkaitan isu pembayaran royalti tersebut dikeluarkan oleh. Selain itu, francaisi juga perlu pembayaran yuran iklan dan bayaran tersebut akan digunakan oleh francaisor untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan yang disediakan untuk menarik minat usahawan lebih banyak francaisi dapat dibuka. Tetapi ianya mungkin tidak akan mempromosikan perniagaan francais tersebut.
Namun, membangunkan sistem perniagaan francais bagi francaisor bukan lah sesuatu perkara yang mudah, malah ia sangat memerlukan masa yang banyak dan melibatkan kos yang tinggi. Secara keseluruhan pembangunan sesebuah system francais yang baru akan memerlukan masa selama tempoh sekuranya 5 gingga 10 tahun dengan melibatkan kos sekitar RM200 ribu hinga RM1 juta dan bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan.  

6.2  Tidak Memberi Kebebasan Kepada Francaisi
Bagi menjaga keseragaman, pihak francaisor akan mengawal perniagaan francaisi dan ada kalanya tindakan seperti ini akan menjadi penghalang mana-mana francasii untuk berniaga secara bebas. Berikut dinyatakan beberapa perkara berkaitan dengan perjanjian francais:-

6.2.1     Pemilihan Lokasi
Fracaisor akan melakukan pemilihan lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi. Terdapat beberapa kes yang berlaku, francaisi akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Setelah itu francaisor akan melakukan lawatan ke lokasi tersebut dan memberikan pendapat dan cadangan sama ada lokasi tersebut sesuai atau tidak dibangunkan perniagaan francais. Jika lokasi tersebut tidak sesuai, makan francaisor akan membantu untuk mencari kawasan yang difikirkan strategik.

6.2.2      Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan
Terdapat francaisor yang akan menukarkan hiasan dalaman konsep sesetengah perniagaan francais mengikut musim. Jadi, apabila perkara ini berlaku, maka kos mengubahsuai hiasan dalaman tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Malah kebiasaannya, francaisor aakan sentiasa menggunakan konsep perniagaan, pakaian seragam dan system komputer yang sama.

6.2.3     Kawalan Penjualan Produk dan Perkhidmatan
Francaisor akan mengawal setiap penjualan produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual prosuk ataupun perkhidmatan yan lain selain daripada francaisor. Terdapat kes di mana francaisor mengehadkan bilangan stok yang dijual. Misalnya baju saiz S, Francaisor hanya membekalkan 10 helai sahaja dan apabila baju tersebut telah habis dijual, francaisi menempah dari francaisor tetapi francaisor tidak memberikan stok yang diminta.

6.2.4     Kawalan Mengendalikan Operasi Perniagaan
Francaisor juga melakukan kawalan waktu operasi perniagaan, pakaian seragam pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberikan diskaun kepada pelanggan. Pengedar barangan juga adalah perlu malalui pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barangan dari pengedar yang lebih murah. Boleh dicadangkan agar francaisor memberi ruang untuk francaisi mengemukakan idea sendiri dan memberi kebebesan untuk francaisi berniaga untuk mendapatkan keuntungan yang lebih baik.

6.2.5     Kawalan Ke Atas Hak Wilayah (Territorial Rights)
Kawalan ini adalah untuk mengelak daripada bersaing dengan francaisi lain. Selain itu, ia bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Frnacaisor juga mempunyai hak untuk menghalang francaisi membuat laman sesawang sendiri.


6.3  Akta dan Peraturan
Menurut sebuah syarikat perunding francais berkata kelemahan akta dan peraturan yang dikuatkuasa sedia ada boleh menjadi sesuatu perkara yang tidak diingini kepada pembangunan industri francais di Malaysia dan ia perlu dicungkil segera supaya tidak akan menjejaskan prose pembangunan francais tersebut. Kelemahan yang berlaku boleh memburukkan imej sistem perniagaan francais sehingga dapat dilihat oleh masyarakat bahawa sistem tersebut menipu dan banyak pihak tertipu teruatama usahawan yang baharu. Francaisor seharusnya perlu ada prospektus yang lengkap yang lengkap untuk memberikan penerangan yang jelas kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, pretasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat yang berkaitan. Jika maklumat ini tidak di maklumkan kepada francaisi, maka timbulnya pelbagai permasalahan seperti francaisi tertipu dan mengalami kerugian selepas bersetuju dengan perjanjian perniagaan francais yang di tawarkan.
Berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan 7 hari waktu bekerja ditetapkan untuk masa menunggu kelulusan sebelum proses disahkan.
Segelintir sikap usahawan atau bakal francais yang tidak mahu membaca terma dan syarat perjanjian terlabih dahulu dan pada masa sama pihak francaisor juga tidak memberikan penerangan dengan lebih terperinci. Jadi, apabila timbulnya sesuatu masalah, kedua-dua pihak akan saling menunding jari dan akhirnya sistem perniagaan francais itu yang dipersalahkan.



6.4  Kontrak

Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui dan tiada jaminan atas pembaharuan kontrak. Pihak francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi perniagaan yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Oleh yang demikian, segala pelaburan francaisi akan hilang apabila ditamatkan kontrak. Namun, pembaharuan kontrak tidak berlaku secara automatik. Ia bergantung kepada segala terma dan syarat yang sedang berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh francaisor. Di Malaysia, setiap perjanjian perniagaan francais adalah untuk tempoh 5 tahun, oleh itu francaisi perlu memastikan bahawa pulangan modal tidak sampai tempoh 5 tahun untuk mendapatkan semula modal pelaburan tersebut. 

No comments:

Post a Comment