Thursday, March 17, 2016

5.0 Sistem Sokongan Oleh Pihak Kerajaan dan Swasta Industri Francais Di Malaysia.

  

Pelbagai langkah sokongan dan bantuan yang diambil dan disediakan oleh pihak kerajaan, agensi luar dan pihak swasta bagi mengembang dan memperkasakan industri francais di Malaysia. Antara pihak yang membantu dalam proses tersebut adalah seperti Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan lain-lain pihak yang berkaitan.

Melalui penubuhan Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang ditubuhkan pada tahun 2011 iaitu di bawah seliaan KPDNKK, ia bertujuan untuk melahirkan usahawan francais yang mempunyai ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran yang tersendiri. PNS khususnya sentiasa bersedia bagi menyediakan latihan perniagaan kepada usahawan francaisor dan francaisi, perunding-perunding francaisi dan masyarakat awam berkenaan pendidikan perniagaan dalam industri francais.

Bagi perunding francais di Malaysia, kebiasaannya mereka akan dilantik oleh francaisor itu sendiri. Peranan perunding francais adalah memberikan pendekatan mengenai cara-cara membangunkan perniagaan francais serta memberikan khdimat nasihat tentang strategi pemasaran, pengiklanan dan latihan dalam menguruskan perniagaan francais.


Selain itu, terdapat beberapa program yang dilaksanakan oleh PNS seperti Program Latihan Softskill, Program Latihan Francais dan Program Kesedaran Industri Francais bagi membantu dan memberi peluang kepada usahawan dan masyrakat untuk menyertai perniagaan dalam industri francais.

PNS juga berperanan melaksana dan menjadi peneraju dalam membangunkan industri francais di Malaysia seperti menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan seperti menyediakan skim pembiayaan francais, skim pembiayaan kontrak, skim pembiayaan lisensi, skim pembiayaan francaisor dan skim pembiayaan prafrancais. Selain itu, PNS juga turut memberi sokongan dan khidmat nasihat tentang perniagaan francais termasuk perkongsian ilmu perniagaan dan pengalaman dari usahawan yang berjaya bertujuan untuk mermbantu dan menggalakkan masyarakat khususnya kalangan Bumiputera untuk menceburkan diri menjadi usahawan perniagaan francais.  

Bagi mengukuhlah lagi sokongan dalam industri francais di Malaysia, agensi bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama pihak kerajaan telah menubuhkan Persatuan Francais Malaysia (MFA) yang bertujuan bagi menjaga kepentingan francaisor dan francaisi. MFA memainkan peranan yang amat penting untuk mendidik masyarakat di Malaysia khususnya mengenai sistem perniagaan francais dan pada masa sama juga ianya diharap dapat membantu mempromosi dan membangunkan industri francais di negara ini.


Selain itu, penubuhan MFA juga merupakan fungsi sebagai pusat sumber kepada pihak francaisor dan francaisi yang sedia ada dan yang bakal dibangunkan serta berkepentingan kepada media dan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan. Melalui penubuhan MFA ini juga, semua pihak yang berkaitan dalam industri francais berharap agar persekitaran yang kondusif untuk perkembangan industri francais di Malaysia boleh diwujudkan.

MFA yang ditubuhkan mempunyai formula unik di mana komposisi keahliannya diletakkan di bawah satu bumbung seperti perletakan francaisor, bakal francaisor, francaisi, bakal francaisi, agensi kerajaan dan pihak berkuasa, kemudahan bank, firma perakaunan, perunding francais, peguam, pembekal dan penjual francais dan sebagainya.

Justeru, selain daripada penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) seperti yang dinyatakan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri juga banyak memainkan peranan penting dalam membangunkan industri francais di Malaysia. Antaranya dengan menyediakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN), pihak kerajaan dapat menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi industri francais di Malaysia.

Objektif mewujudkan PIPFN adalah bertujuan untuk menilai tahap pembangunan industri francais berdasarkan petunjuk utama seperti penyertaan francaisor dan francaisi, sumbangan jualan yang dihasilkan oleh perniagaan dalam industri francais yang menyumbang kepada ekonomi dan sumbangan pekerjaan, mengkaji semula dasar, strategi dan program pembangunan semasa dan penentuan hala tuju industri francais negara.

No comments:

Post a Comment