Industri francais di Malaysia pada ketika ini menunjukkan perkembangan kemajuan yang positif walaupun masih terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan penambahbaikan. Dengan adanya program-program kesedaran dan pendedeahan yang dilakukan oleh pelbagai pihak berkaitan, masyarakat Malaysia kini semakin berfikiran terbuka dan memahami konsep perniagaan francais. Secara tidak langsung ia dapat membantu untuk membangunkan modal insan terutama dalam pemilihan perniagaan francais sebagai pemangkin ekonomi.
Selain itu, dengan kewujudan Pelan Induk Pembangunan
Francais Nasional (PIPFN) diharapkan industri francais di Malaysia mampu
membangun walaupun terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi
oelh usahawan francais.
Secara ringkasnya, pembangunan industri francais di
Malaysia sentiasa menjadi focus pihak kerajaan dalam usaha membantu usahawan
tempatan mengembangkan perniagaan melalui sistem perniagaan francais. Pelbagai
inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menubuhkan insfrastruktur
sokongan untuk merancang, melaksana, membangun serta mengawal selia pembangunan
francais justeru dapat memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan kepada
usahawan. Akta Francais (1998) juga digubal bagi memastikan perkembangan
industry francais ini menjadi sihat dan terkawal serta dapat memberikan
kesejahteraan kepada masyarakat.
Program-program transformasi yang dilaksanakan oleh
Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada masa kini dapat mempertingkatkan daya
saing industri francais di Malaysia khususnya. Inisiatif pelaksanaan yang
dilakukan adalah seperti pembinaan jenama francais tempatan, bengkel perniagaan
francais, ekspo francais dalam dan luar negara serta pembangunan akademi
perniagaan francais. Usaha ini selaras dengan saranan dan hasrat kerajaan di
samping meningkatkan saingan industri francais dalam pada negara berhadapan
dengan saingan peringkat global.
Bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) berharap agar lebih banyak penyertaan usahawan dalam industri
francais tempatan terutama daripada pihak koperasi yang dilihat mempunyai
prestasi dan kapasiti serta peluang yang besar untuk mengembangkan perniagaan
dalam industri francais. Selain itu, KPDNKK juga berharap lebih banyak sektor
khusus (niche) akan dieksploitasi oleh usahawan francaisor tempatan contohnya
dalam bidang pelancongan, perubatan, ekopelancongan, produk dan perkhidmatan,
pematuhan syariah dan teknologi hijau. (Datuk Seri Hasan Malek, Kosmo 12.09.15)
No comments:
Post a Comment