Sejarah
perkembangan francais di peringkat global pada masa kini menjadi bukti bahawa
bentuk perniagaan francais yang sedia ada ketika ini merupakan pekembangan
daripada sistem francais yang telah dipelopori bermula sejak tahun 1850-an,
kemudian ia mula berkembang pada tahun 1950-an dan 1960-an. Sistem francais
yang diperkenalkan mempunyai matlamat iaitu supaya barangan yang dikeluarkan
oleh satu syarikat atau kawasan dapat diedar dan dijual keseluruh bahagian
lain.
Industri
francais pada asalnya telah bermula di negara Eropah sebagai satu sistem
perniagaan yang baru dan sistem tersebut kemudiannya telah dikembangkan ke
Amerika Syarikat malah perkembangan sistem perniagaan tersebut dianggarkan sejak
lebih 100 tahun dahulu.
Secara
umumnya, sejarah perkembangan industri francais dapat dibahagikan kepada 3 peringkat
utama. Peringkat awal sistem perniagaan francais telah bermula pada abad ke-18
iaitu pada tahun 1840-an di negara Jerman apabila mendapati seorang pembuat bir
telah memberikan hak menjual bir miliknya kepada orang lain sebagai perkembangan
rangkaian pemasaran produk dan pada ketika inilah pertama kalinya format perniagaan
francais digunakan dalam perniagaan beliau sebagai cara untuk mendapatkan
kontrak membuat bir tersebut.
Pada
tahun 1880-an, industri francais memonopoli bagi memberi perkhidmatan bekalan utiliti
di Eropah dan pada tahun 1960-an dan 1970-an pula, sistem perniagaan francais telah
berkembang ke dalam industri perhotelan dan makanan segera. Industri francais
yang berkebang pesat pada pada masa kini adalah hasil daripada sejarah yang
telah bermula sejak dahulu lagi.
Perkembangan
industri francais pada peringkat kedua pula telah bermula di Amerika Syarikat
pada tahun 1851 melalui Syarikat Singer
Sewing Machine dimana syarikat tersebut telah memberi hak untuk mengedarkan
mesin jahit mereka kepada syarikat lain. Memandangkan sistem perniagaan
francais ini dilihat telah memberikan impak yang besar dalam dunia perniagaan,
maka sistem ini juga telah digunakan oleh syarikat General Motors bagi industri automotif iaitu syarikat yang
menjalankan pemasaran kenderaan menerusi pelantikan pengedar francais pada awal
tahun 1900-an.
Peringkat
ketiga perkembangan industri francais ialah pada abad ke-20 dengan
memperlihatkan sejarah perkembangan perniagaan francais dalam pasaran global
terus berkembang dengan lebih luas. Peneraju perkembangan perniagaan francais makanan
segera telah didahului oleh Restoran A&W Root Bear yang telah membuka
sebuah restoran makanan segera pada tahun 1935 yang mula diperkenalkan oleh
Howard Deering Johnson yang bekerjasama dengan Regiland Sprague untuk
menjalankan perniagaan. Demi mengembangkan usaha yang dilakukan oleh mereka, syarikat
tersebut telah memulakan operasi perniagaannya dengan menggunakan format
perniagaan francais dan perniagaan tersebut kini terus berkembang dan bermula
dari situlah perniagaan francais yang ada pada masa kini terus berkembang
menjadi rangkaian produk dan perkhidmatan makanan segera yang berjenama.
Senario
perniagaan francais ini diteruskan lagi dengan penubuhan Restoran McDonald’s
yang ditubuhkan pada tahun 1940-an oleh adik beradik Dick dan McDonald yang
telah mewujudkan sebuah restoran yang menawarkan sistem perkhidmatan restoran
makanan segera. Pada tahun 1953 restoran tersebut telah menggunakan format perniagaan
francais dan Neil Fox dikatakan sebagai pembeli jenama pertama dan diikuti oleh
francaisi yang lain. Suatu penemuan yang dianggap klasik oleh Ray Kroc, beliau
telah membeli aset McDonald’s tersebut pada tahun 1961 daripada adik beradik
McDonald’s dan meneruskan perniagaan tersebut hingga berjaya sehingga kini iaitu
dengan hanya membangunkan restoran makanan segera berjenama Mc’Donalds.
Berdasarkan
kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus daripada rakyat Amerika
Syarikat telah mengunjungi Restoran Mc’Donalds tersebut sekurang-kurangnya
sekali. Sehingga kini, Restoran Mc’Donalds telah banyak dibuka diseluruh
pelusuk dunia melalui sistem perniagaan francais yang dilakukan melalui perniagaan
tersebut.
Pada
tahun 1990, perniagaan francais telah bermula di Amerika Syarikat terus
berkembang dan perkembangannya meluas ke hingga seluruh negara di dunia.
Perkembangan perniagaan francais ketika itu meliputi hampir pelbagai jenis perniagaan
seperti restoran makanan segera, perkhidmatan, pelancongan dan perhotelan,
perniagaan sektor pembinaan, hiburan, sukan dan sebagainya.
Ternyata
melalui sistem perniagaan francais di Amerika Syarikat yang berkembang pesat
selepas Perang Dunia Ke-2 ini lantaran daripada terdapat peningkatan semangat
keusahawanan dan permintaan yang semakin popular terhadap barangan dan
perkhidmatan yang berkualiti dengan tawaran harga yang berpatutan dan mampu
dimiliki serta dapat dirasai oleh masyarakat. Berdasarkan kajian yang
dilakukan, 35 peratus daripada nilai jualan runcit di Amerika Syarikat
merupakan jualan yang terhasil menerusi rangkaian yang menggunakan sistem perniagaan
francais.
Menerusi
kajian yang sama juga, didapati bahawa jualan tahunan daripada 2,200 syarikat
francaisor dengan lebih 550,000 francaisi di seluruh Amerika Syarikat
mencatatkan jumlah tahunan sebanyak AS$800 bilion. Manakala berdasarkan kajian
Persekutuan Francais Eropah pula didapati sebanyak 3,888 syarikat francaisor
yang menggunakan sistem perniagaan francais di 13 buah negara di Eropah yang telah
menjadi ahli persekutuan tersebut dengan bilangan francaisi menjangkau sebanyak
176,432 francaisor yang dengan menyumbang pendapatan jualan sebanyak kira-kira
RM400 bilion setahun.
Singapura,
terdapat bilangan perniagaan francais yang hampir sama dengan New Zealand.
Kerajaan Singapura menerusi Lembaga Produktiviti dan Piawaian telah membantu
bagi membangun dan melancarkan sebanyak 56 produk francais tempatan baru yang
diwakili oleh 460 francaisi negera tersebut manakala Lembaga Pembangunan
Perdagangan Singapura pula aktif bagi membawa perniagaan francais di negara
tersebut ke pasaran antarabangsa.
Di
negara Jepun pula, terdapat hampir 890 francaisor dengan lebih 190,000
francaisi dengan kutipan nilai jualan berjumlah kira-kira RM375 bilion setahun,
manakala di Australia 747 francaisor dengan 46,100 francaisi mendapati nilai
jualan tahunan dianggarkan RM153 bilion berbanding di New Zealand yang
mempunyai sekitar 4 juta penduduk dengan terdapatnya 250 francaisor dan 5,000
francaisi dapat menyumbangkan nilai jualan sebanyak RM13 bilion setahun.
Sistem
perniagaan francais di Malaysia pada asalnya mula berkembang sejak 60 tahun
yang lalu menerusi syarikat produk barangan berjenama seperti Singer, Bata,
jenama stesen minyak, pengedar automobile dan perhotelan. Namun sistem perniagaan
francais di Malaysia semakin bertumbuh pesat dengan kehadiran dan kewujudan
restoran-restoran makanan segera berjenama dari luar negara yang bermula pada sekitar
tahun 1970-an dan 1980-an seperti jenama
KFC, A&W Root Bear, McDonald’s, Burger King dan sebagainya. Restoran
makanan segera ini telah berkembang pesat ke seluruh negara di Malaysia melalui
sistem perniagaan francais sehinggakan masyarakat di Malaysia menganggap sistem
berkenaan hanya mempunyai keistimewaan kepada sektor-sektor tersebut.
Senario
perniagaan francais ini berterusan dengan terdapatnya pertumbuhan lebih banyak
produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem perniagaan francais
termasuklah dalam sektor automotif seperti jualan kenderaan, cawangan pusat
servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori. Selain itu terdapat
juga amalan perniagaan francais seperti kedai buku, butik fesyen dan pakaian,
kedai runcit dan borong, pusat kosmetik, agensi pelancongan dan sewaan
kenderaan, kedai barangan kemas, klinik dan farmasi serta perkhidmatan
penyeleggaraan, kebersihan dan lain-lain. Justeru, sistem perniagaan francais
ini adalah salah satu cara yang paling popular dan efektif untuk mengembangkan
perniagaan, sama ada menjual produk atau menawarkan perkhidmatan di dalam
mahupun luar negara.
Di
Malaysia, program pembangunan francais telah diperkenalkan pada tahun 1992 di
bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri dan merupakan
salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah
merealisasikan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) pada ketika itu. Selain
itu, program yang dilakukan didorong oleh faktor kestabilan politik dan
pengukuhan ekonomi negara, Malaysia dilihat sangat berpotensi untuk
mengembangkan dan membangunkan perniagaan francais. Malah, pihak kerajaan telah
menyedari akan kepentingan industri francais di Malaysia. Sehingga kini
kerajaan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan dan mensarankan agar industri
francais menjadi pilihan utama khususnya bagi usahawan yang berhasrat untuk
menceburi bidang perniagaan di Malaysia. Sehingga kini, dianggarkan sejumlah
689 perniagaan francais telah didaftarkan di Malaysia dengan jumlah 491 jenis
produk tempatan.
Dalam membangunkan industri francais di Malaysia, pelbagai pendekatan proaktif
telah diambil oleh pihak kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu membangunkan sektor industri
francais antaranya melalui penyediaan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional
(PIPFN). Pelan ini merupakan strategi dan terdapat pelbagai program di yang di
rancang secara menyeluruh bagi menyokong pertumbuhan perniagaan francais serta
dapat merealisasikan aspirasi PIPFN diwujudkan untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat francais di Asia Tenggara dan Timut Tengah menjelang tahun 2020.
Penyediaan PIPFN merupakan pelan hala tuju startegik yang menyeluruh bagi
industri francais di Malaysia. Pelan induk ini menggariskan tentang hala tuju
industri dengan matlamat yang jelas bagi merapatkan jurang industri francais
antara Malaysia dengan negara lain seperti Australia dan ianya juga bertujuan
untuk mencapai hasrat bagi menempatkan Malaysia sebagai pusat francais di
rantau ini.